KPS3014:PengurusanLuarBilikDarjah
objektif 3
Kesan pembelajaran di luar bilik
darjah (PLBD) kepada pelajar
Bilik
darjah adalah tempat yang paling penting untuk melakukan proses pengajaran dan
pembelajaran kerana kebanyakkan murid lebih banyak menghabiskan masa mereka di
dalam bilik darjah untuk melakukan sesuatu kerja. Pembelajaran dalam bilik
darjah adalah satu norma kebiasaan bagi guru dan pelajar dalam melakukan proses
penyampaian maklumat di bantu dengan alat bantu mengajar yang sesuai dengan
pelajaran akan membantu kefahaman pelajar mengenai sesuatu topik yang
dipelajari. Namun begitu , dengan wujudnya kaedah pembelajaran di luar bilik
darjah ( PLBD )atau dikenali sebagai pembelajaran secara tidak langsung yang
diperkenal oleh KPM bermula tahun 2000 telah mendapat sorotan yang agak tinggi
dalam kalangan guru untuk meningkatkan kualiti pengajaran mereka dalam membantu
murid meningkatkan kefahaman mereka tentang sesuatu yang di ajar.
PLBD ialah aktiviti yang berpusatkan murid
dan bertujuan mengukuhkan pelaksanaan kurikulum sekolah dari segi akademik. Ini
kerana pembelajaran luar bilik darjah bersifat lebih progresif dan berkesan
berbanding pembelajaran dalam bilik darjah kerana ia lebih memfokuskan mengenai
perkembangan potensi individu secara menyeluruh dari segi emosi,rohani,intelek
dan jasmani. PLBD dilihat mampu menjadikan pembelajaran lebih berkesan dan
diterima dengan baik oleh pelajar kerana tidak berfokus kepada satu tempat
sahaja iaitu bilik darjah yang mungkin boleh mengurangkan minat pelajar untuk
belajar kerana melihat keadaan dan suasana kelas yang sama setiap hari.
Pembelajaran luar bilik darjah menjadi lebih
berkesan kepada pelajar kerana terdiri tiga tahap proses melalui pengalaman
yang dilalui. Pertama ialah , mereka akan mengetahui sesuatu perkara itu
melalui “experiental learning” iaitu proses belajar secara langsung yang akan
sentiasa di bawa hingga ke peringkat dewasa. Ini kerana PLBD memberi peluang
kepada pelajar mengakses persekitaran semula jadi supaya mereka merasakan
seperti berada dalam satu pengembaraan yang akan meningkatkan minat mereka
untuk mempelajari sesuatu dan tidak merasa seperti dipaksa untuk belajar seperti
pembelajaran yang berfokus kepada satu tempat sahaja. Contoh, lawatan sambil
belajar ke muzium negara membolehkan mereka mengetahui sejarah baru dan
mengingati setiap artifak sejarah yang ada didalam muzium itu.
Kedua ialah dari segi pemahaman, pembelajaran
luar bilik darjah membolehkan pelajar memahami akan sesuatu yang diajar dengan
lebih cepat kerana mereka dapat merasai dan menyaksikan sendiri cara atau
sesuatu yang diajar oleh guru secara langsung yang akan mencipta pengalaman
baru untuk mereka. Pengalaman yang mereka lalui dan pelajari itu akan bertahan
lebih lama dalam minda mereka berbanding menggunakan teknik komunikasi atau
hafalan di dalam kelas semata. Ini kerana pelajar diberi peluang untuk
melibatkan diri dalam sesuatu aktiviti dan bergerak secara proaktif apabila
berada di luar. Ini akan merangsang minda mereka untuk berfikir menyelesaikan
masalah dan mendedahkan kemahiran baru. Murid akan merasa bebas untuk
menyuarakan pendapat dan meluahkan pandangan mereka hasil daripada pemerhatian
mereka sendiri berbanding di dalam kelas kerana sesetengah pelajar kurang
menumpukan perhatian mengenai sesuatu yang diajar terutama jika subjek itu
dilihat membosankan dan mendorong kepada pergerakan tidak aktif Jadi. dengan
melakukan pembelajaran di luar bilik darjah secara langsung menunjukkan kepada
pelajar tentang apa yang mereka pelajari di dalam kelas secara “real life” atau
secara langsung berbanding dengan kaedah gambaran. Contoh, aktiviti perkhemahan
sebagai pembelajaran luar bilik darjah membolehkan murid merasai pengalaman
berkhemah dan mempelajari ‘survival skill’ apabila berada di dalam hutan.
Ketiga,
kepentingan pengetahuan yang mereka pelajari. Ini kerana pembelajaran luar
bilik darjah mengajar pelajar bukan hanya untuk mengingati dan memahami sesuatu
perkara untuk lulus di dalam peperiksaan sahaja, tetapi ingin melahirkan
pelajar yang cemerlang dari segi amali dan terarah kendiri yang memenuhi kriteria
dalam pendidikan yang menggunakan konsep pembelajaran abad 21. Ini kerana PLBD mampu
mencapai hasrat KPM dalam menjana pelajar yang seimbang dari segi pengetahuan
dan kemahiran , mengadaptasi apa yang dipelajari secara praktikal dan amali
bukan hanya menghafal teori semata. Contoh, subjek perniagaan yang dipelajari
di dalam kelas dan dipraktikkan secara amali membolehkan pelajar memahami selok
belok perniagaan walaupun selepas tamat pengajian.
Kesan lain juga, PLBD membolehkan pelajat mempelajari kaedah penggunaan teknologi semasa seperti penggunaan Zoom, Google meet dan Google classroom. Ini kerana pembelajaran atas talian juga termasuk dalam kaedah pembelajaran luar bilik darjah. Pelajar sekolah rendah mahupun menengah menjadi celik IT dan membantu mereka mencari maklumat dengan mudah .
Akhirnya, kesan negatif PLBD juga wujud kerana pelaksanaan lawatan yang jauh dari sekolah memerlukan guru mendapatkan kelulusan dari pihak sekolah dan ibu bapa. Guru terpaksa memberi lebih perhatian untuk untuk memastikan semua yang dirancang berjalan lancar. Keadaan cuaca juga antara kesan negatif pelaksanaan PLBD di luar kelas kerana cuaca hujan menganggu pergerakan pelajar. Selain itu, bagi pembelajara atas talian di rumah, masalah internet antara kesan negatif pelajar tidak mampu menghadiri kelas "online" dan guru terpaksa mencari cara lain untuk mengajar kepada murid tertentu.
Sekian dari saya, terima kasih :)
Rujukan
:
http://kelab5pagi.com/pembelajaran-luar-bilik-darjah/
Comments
Post a Comment