KPS3014:PengurusanLuarBilikDarjah

 objektif 3

Kesan pembelajaran di luar bilik darjah (PLBD) kepada pelajar

 

  Bilik darjah adalah tempat yang paling penting untuk melakukan proses pengajaran dan pembelajaran kerana kebanyakkan murid lebih banyak menghabiskan masa mereka di dalam bilik darjah untuk melakukan sesuatu kerja. Pembelajaran dalam bilik darjah adalah satu norma kebiasaan bagi guru dan pelajar dalam melakukan proses penyampaian maklumat di bantu dengan alat bantu mengajar yang sesuai dengan pelajaran akan membantu kefahaman pelajar mengenai sesuatu topik yang dipelajari. Namun begitu , dengan wujudnya kaedah pembelajaran di luar bilik darjah ( PLBD )atau dikenali sebagai pembelajaran secara tidak langsung yang diperkenal oleh KPM bermula tahun 2000 telah mendapat sorotan yang agak tinggi dalam kalangan guru untuk meningkatkan kualiti pengajaran mereka dalam membantu murid meningkatkan kefahaman mereka tentang sesuatu yang di ajar.

  PLBD ialah aktiviti yang berpusatkan murid dan bertujuan mengukuhkan pelaksanaan kurikulum sekolah dari segi akademik. Ini kerana pembelajaran luar bilik darjah bersifat lebih progresif dan berkesan berbanding pembelajaran dalam bilik darjah kerana ia lebih memfokuskan mengenai perkembangan potensi individu secara menyeluruh dari segi emosi,rohani,intelek dan jasmani. PLBD dilihat mampu menjadikan pembelajaran lebih berkesan dan diterima dengan baik oleh pelajar kerana tidak berfokus kepada satu tempat sahaja iaitu bilik darjah yang mungkin boleh mengurangkan minat pelajar untuk belajar kerana melihat keadaan dan suasana kelas yang sama setiap hari.

  Pembelajaran luar bilik darjah menjadi lebih berkesan kepada pelajar kerana terdiri tiga tahap proses melalui pengalaman yang dilalui. Pertama ialah , mereka akan mengetahui sesuatu perkara itu melalui “experiental learning” iaitu proses belajar secara langsung yang akan sentiasa di bawa hingga ke peringkat dewasa. Ini kerana PLBD memberi peluang kepada pelajar mengakses persekitaran semula jadi supaya mereka merasakan seperti berada dalam satu pengembaraan yang akan meningkatkan minat mereka untuk mempelajari sesuatu dan tidak merasa seperti dipaksa untuk belajar seperti pembelajaran yang berfokus kepada satu tempat sahaja. Contoh, lawatan sambil belajar ke muzium negara membolehkan mereka mengetahui sejarah baru dan mengingati setiap artifak sejarah yang ada didalam muzium itu.

   Kedua ialah dari segi pemahaman, pembelajaran luar bilik darjah membolehkan pelajar memahami akan sesuatu yang diajar dengan lebih cepat kerana mereka dapat merasai dan menyaksikan sendiri cara atau sesuatu yang diajar oleh guru secara langsung yang akan mencipta pengalaman baru untuk mereka. Pengalaman yang mereka lalui dan pelajari itu akan bertahan lebih lama dalam minda mereka berbanding menggunakan teknik komunikasi atau hafalan di dalam kelas semata. Ini kerana pelajar diberi peluang untuk melibatkan diri dalam sesuatu aktiviti dan bergerak secara proaktif apabila berada di luar. Ini akan merangsang minda mereka untuk berfikir menyelesaikan masalah dan mendedahkan kemahiran baru. Murid akan merasa bebas untuk menyuarakan pendapat dan meluahkan pandangan mereka hasil daripada pemerhatian mereka sendiri berbanding di dalam kelas kerana sesetengah pelajar kurang menumpukan perhatian mengenai sesuatu yang diajar terutama jika subjek itu dilihat membosankan dan mendorong kepada pergerakan tidak aktif Jadi. dengan melakukan pembelajaran di luar bilik darjah secara langsung menunjukkan kepada pelajar tentang apa yang mereka pelajari di dalam kelas secara “real life” atau secara langsung berbanding dengan kaedah gambaran. Contoh, aktiviti perkhemahan sebagai pembelajaran luar bilik darjah membolehkan murid merasai pengalaman berkhemah dan mempelajari ‘survival skill’ apabila berada di dalam hutan.

  Ketiga, kepentingan pengetahuan yang mereka pelajari. Ini kerana pembelajaran luar bilik darjah mengajar pelajar bukan hanya untuk mengingati dan memahami sesuatu perkara untuk lulus di dalam peperiksaan sahaja, tetapi ingin melahirkan pelajar yang cemerlang dari segi amali dan terarah kendiri yang memenuhi kriteria dalam pendidikan yang menggunakan konsep pembelajaran abad 21. Ini kerana PLBD mampu mencapai hasrat KPM dalam menjana pelajar yang seimbang dari segi pengetahuan dan kemahiran , mengadaptasi apa yang dipelajari secara praktikal dan amali bukan hanya menghafal teori semata. Contoh, subjek perniagaan yang dipelajari di dalam kelas dan dipraktikkan secara amali membolehkan pelajar memahami selok belok perniagaan walaupun selepas tamat pengajian.

  Kesan lain juga, PLBD membolehkan pelajat mempelajari kaedah penggunaan teknologi semasa seperti penggunaan Zoom, Google meet dan Google classroom. Ini kerana pembelajaran atas talian juga termasuk dalam kaedah pembelajaran luar bilik darjah. Pelajar sekolah rendah mahupun menengah menjadi celik IT dan membantu mereka mencari maklumat dengan mudah .

  Akhirnya, kesan negatif PLBD juga wujud kerana pelaksanaan lawatan yang jauh dari sekolah memerlukan guru mendapatkan kelulusan dari pihak sekolah dan  ibu bapa. Guru terpaksa memberi lebih perhatian untuk untuk memastikan semua yang dirancang berjalan lancar. Keadaan cuaca juga antara kesan negatif pelaksanaan PLBD di luar kelas kerana cuaca hujan menganggu pergerakan pelajar. Selain itu, bagi pembelajara atas talian di rumah, masalah internet antara kesan negatif pelajar tidak mampu menghadiri kelas "online" dan guru terpaksa mencari cara lain untuk mengajar kepada murid tertentu.


Sekian dari saya, terima kasih :)

 

 

Rujukan :

https://www.gpsbestari.com/mobile/artikel/rencana/pembelajaran-di-luar-bilik-darjah-mempunyai-manfaat-besar-1.928026

http://kelab5pagi.com/pembelajaran-luar-bilik-darjah/


Comments