Posts

Showing posts from May, 2021

KPS3014:PengurusanLuarBilikDarjah

 objektif 3 Kesan pembelajaran di luar bilik darjah (PLBD) kepada pelajar     Bilik darjah adalah tempat yang paling penting untuk melakukan proses pengajaran dan pembelajaran kerana kebanyakkan murid lebih banyak menghabiskan masa mereka di dalam bilik darjah untuk melakukan sesuatu kerja. Pembelajaran dalam bilik darjah adalah satu norma kebiasaan bagi guru dan pelajar dalam melakukan proses penyampaian maklumat di bantu dengan alat bantu mengajar yang sesuai dengan pelajaran akan membantu kefahaman pelajar mengenai sesuatu topik yang dipelajari. Namun begitu , dengan wujudnya kaedah pembelajaran di luar bilik darjah ( PLBD )atau dikenali sebagai pembelajaran secara tidak langsung yang diperkenal oleh KPM bermula tahun 2000 telah mendapat sorotan yang agak tinggi dalam kalangan guru untuk meningkatkan kualiti pengajaran mereka dalam membantu murid meningkatkan kefahaman mereka tentang sesuatu yang di ajar.   PLBD ialah aktiviti yang berpusatkan murid dan bertujuan mengukuhkan p